PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENYEDIAAN BEKAS IKAN HIASAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TANAMAN HIASAN


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NAMA,FUNGSI DAN SIMBOL KOMPONEN ELEKTRONIK

KOMPONEN

FUNGSI


Diod Pemancar Cahaya (LED)






LED boleh didapati dalam pelbagai warna. LED mempunyai dua kaki, iaitu kaki anod dan kaki katod. Kaki anod (+) hendaklah disambung pada punca positif. Kaki katod (-) pula hendaklah disambung pada punca negatif. LED tidak akan menyala jika disambung pada punca yang salah.

Perintang Tetap





     

Perintang tetap mempunyai nilai rintangan yang tidak boleh diubah. Pada badan perintang tetap terdapat jalur warna. Jalur warna menerangkan nilai rintangan.

Perintang Boleh Laras








Perintang boleh laras ialah sejenis perintang yang mempunyai nilai rintangan yang boleh diubah. Nilai rintangan perintang boleh laras boleh diubah dengan memutarkan tombol pelaras. Nilai rintangan maksimum sesuatu perintang boleh laras dilabelkan pada bahagian bawah badannya.

Buzer








Buzer digunakan sebagai penggera kerana menghasilkan bunyi apabila dibekalkan arus elektrik. Buzer boleh didapati pada penggera seperti jam loceng atau loceng rumah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK


Pengenalan                                                         

 Dalam kehidupan seharian, manusia menggunakan banyak peralatan elektrik. Peralatan tersebut membantu manusia melakukan sesuatu kerja dengan lebih mudah. Terdapat peralatan yang mengandungi komponen elektrik dan komponen elektronik. Antara peralatan yang mengandungi komponen elektronik adalah seperti di bawah.

Penggunaan peralatan elektronik yang banyak bermakna meningkatnya penggunaan tenaga elektrik. Kita harus tahu bahawa sumber utama tenaga elektrik adalah daripada bahan fosil, iaitu gas asli, petroleum dan arang batu. Bahan ini akan pupus jika digunakan berterusan tanpa henti. Oleh itu, kita harus memikirkan penggunaan sumber lain yang ada di sekitar kita sebagai alternatif sumber yang berikut :
  • Tenaga suria - boleh menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik dengan menggunakan sel suria.
  • Tenaga ombak - menyebabkan pergerakan relatif pada mesin kuasa ombak dan bertukar kepada tenaga elektrik.
  • Tenaga biojisim - Bahan api biojisim dan biogas yang mengandungi tenaga kimia terhasil daripada tumbuhan, tanaman, haiwan reput dan najis haiwan. Tenaga kimia tersebut dapat menghasilkan tenaga haba. 
  • Tenaga geoterma - tenaga haba yang terhasil melalui proses ini dapat ditukar kepada tenaga elektrik.
  • Tenaga hidro - tenaga yang kita hasilkan melalui pergerakan air. Kita menggunakan tenaga ini untuk menghasilkan elektrik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JENIS JAHITAN TANGAN


Jenis jahitan hiasan yang boleh digunakan adalah jahitan tangan seperti berikut:
1) Jahitan Kia
  • Jahit dari kanan ke kiri. Mula dan matikan jahitan dengan kia.
  • Jahitan pertama adalah seperti jelujur halus, kemudian jarum dibawa balik ke jahitan pertama dan dijahit ke hadapan semula.
  • Jahitan adalah halus dan panjang pendek (0.2 – 0.3cm).
  • Di sebelah luar ia kelihatan seperti jahitan mesin manakala di sebelah dalam ia seperti jahitan batang.
  • Digunakan juga sebagai jahitan sulaman.
2) Jahit Silang Pangkah
       
  • Proses jahit silang pangkah ni di buat untuk mengemaskan dan menyudahkan tepi lapik dalam leher.
  • Jahitan silang pangkah ni ada lah proses yang akhir sekali di buat.
  • Proses jahitan teknik ini adalah pertamanyabenang yang sama warna dengan kain digunakan , hanya satu lembar benang saja di simpul mati.
  • Jarak dari satu jahitan ke satu jahitan jangan lah terlalu jauh , lagi rapat jahitan lagi kemas dan lebih kukuh jahitan ini.
  • Proses jahitan ini diulang-ulang saja.
3) Jahitan Insang Pari








  • Buatkan beberapa jelujur halus menegak.
  • Letakkan jarum di atas benang dan tarik keluar dengan menghala ke arah pengguna. Ulang langkah di atas sehingga akhir.
  • Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak. Jahit dari kiri kekanan. Jarum menegak tepat pada tepi kain dan menghala ke arah penjahit.
  • Mula dan matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus.
  • Digunakan untuk mengemas tepi kain, basi kelim dan sebagai jahitan sulaman untuk menjahit kulat-kulat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JAHITAN TAHUN 5


Sebelum kita kenal jenis-jenis mata jahitan asas dan jenis-jenis kancing, terlebih dahulu kita mesti mengenal pasti alatan dan bahan jahitan serta fungsinya sebagaimana berikut :

ALATAN JAHITAN DAN FUNGSINYA

1. Pita ukur
  • digunakan untuk mengukur bahagian yang digunting atau dijahit
2. Gunting
  • digunakan untuk menggunting fabrik
3. Jarum peniti
  • digunakan untuk mnyemat pola pada fabrik dan kepinganfabrik sebelum menjahit jelujur
4. Kapur tukang jahit
  • digunakan untuk memindahkan tanda dan garisan pemadan daripada pola kepada fabrik
5. Jarum tangan
  • digunakan untuk menjahit semua jahitan tangan pada fabrik
6. Pembaris lurus
  • digunakan untuk mengukur dan menanda
7. Penetas jahitan
  • digunakan untuk menanggalkan benang jelujur
8. Seterika
  • digunakan untuk melicinkan fabrik

BAHAN JAHITAN DAN KEGUNAANNYA

a. Benang
  • digunakan untuk jahitan tangan dan jahitan mesin
b. Fabrik
  • digunakan untuk menghasilkan sesuatu pakaian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS