MENGENALI ALATAN TANGAN

Gergaji lengkung halus


Fungsi

  •     Digunakan untuk menggergaji bentuk lengkung pada bahan nipis.
  •    Saiznya ditentukan oleh panjang bilah gergaji.
  •     Mata gergaji dipasang menghala ke hulu.

Gergaji Puting



Fungsi


  •          Memotong kayu bersaiz kecil
  •          Jalur logam di bahagian atas bilah melurus dan menguatkan bilah gergaji.
  •         Saiznya ditentukan oleh panjang bilah dan dijual dalam ukuran panjang 250 - 300 mm  dengan 12 - 14 gigi setiap 25 mm (1 inci).

Tukul Kuku Kambing




Fungsi


  •           Digunakan untuk menukul dan mencabut paku.
  •           Saiznya ditentukan oleh berat kepalanya.




Tukul Warrington

Fungsi
  •     Digunakan untuk menukul paku kecil dan kerja ketukan ringan.
  •     Saiznya ditentukan oleh berat kepalanya.

Gandin Getah


Fungsi
  •        Menukul pahat
  •        Terdapat dua jenis gandin  iaitu:
  •        gandin kepala segi empat
  •        gandin kepala bulat





Pembaris Keluli


Fungsi


  •          Mengukur dan membuat  garisan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment