NAMA,FUNGSI DAN SIMBOL KOMPONEN ELEKTRONIK

KOMPONEN

FUNGSI


Diod Pemancar Cahaya (LED)






LED boleh didapati dalam pelbagai warna. LED mempunyai dua kaki, iaitu kaki anod dan kaki katod. Kaki anod (+) hendaklah disambung pada punca positif. Kaki katod (-) pula hendaklah disambung pada punca negatif. LED tidak akan menyala jika disambung pada punca yang salah.

Perintang Tetap





     

Perintang tetap mempunyai nilai rintangan yang tidak boleh diubah. Pada badan perintang tetap terdapat jalur warna. Jalur warna menerangkan nilai rintangan.

Perintang Boleh Laras








Perintang boleh laras ialah sejenis perintang yang mempunyai nilai rintangan yang boleh diubah. Nilai rintangan perintang boleh laras boleh diubah dengan memutarkan tombol pelaras. Nilai rintangan maksimum sesuatu perintang boleh laras dilabelkan pada bahagian bawah badannya.

Buzer








Buzer digunakan sebagai penggera kerana menghasilkan bunyi apabila dibekalkan arus elektrik. Buzer boleh didapati pada penggera seperti jam loceng atau loceng rumah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment